08 November 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH




TENTATIF PROGRAM

Tarikh/Masa Aktiviti

Ahad,22 Nov 2009

4.00-5.00ptg :Pendaftaran
5.00-6.00ptg :Taklimat Program
6.00-7.00mlm :Khidmat Diri/Makan Malam
7.00-.9.00mlm :Solat /Tazkirah
9.00- 11.00mlm :LDK 1:Mind setting/ Ice Breaking
11.00-11.30mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi

Isnin,23 Nov 2009

5.00-7.00pg :Qiamulail/Solat/ Slot Kuliah 1:Potensi diri 1:Sifat- Sifat Manusia
7.00-8.00pg :Riadah 1 : Group Binding
8.00-9.00pg :Khidmat diri/Sarapan pagi
9.00-10.30 pg :LDK 2: Potensi 2: Peranan Manusia
10.30-11.00ptg :Minum pagi
11.00 – 12.30ptg :Sambungan LDK 2
12.30-2.30ptg :Solat / Makan tengahari
2.30-4.30ptg :LDK 3: Pengurusan Diri 2: Strategi Pengurusan Masa
4.30ptg-5.00mlm :Solat/Minum petang
5.00-6.00mlm :Riadah 2: Team Building 1
6.00- 7.00mlm :Khidmat diri/Makan Malam
7.00-9.00mlm :Solat/ Kuliah
9.00-11.00mlm :Slot Kuliah 2: Pengurusan Diri 1: Masa & Kehidupan
11.00-11.30 mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi


Selasa,24 Nov 2009

5.00-7.00pg :Qiamulail/Solat/Slot Kuliah 3: Jati Diri 1:Pembinaan Akhlak
7.00-8.00pg :Riadah 3: Team Building 2
8.00-9.00pg :Khidmat diri/Sarapan pagi
9.00-12.30tgh :LDK 4: Jati Diri 2: War Game 1
12.30-2.30ptg :Solat / Makan tengahari
2.30 – 4.30ptg :LDK 5 : Jati Diri 3:War Game 2
4.30-5.00ptg :Solat/Minum petang
5.00-6.00ptg :Riadah 4: Penetapan Matlamat
6.00ptg-7.00mlm :Khidmat diri/Makan Malam
7.00-9.00mlm :Solat
9.00-11.00mlm :Malam Kebudayaan
11.00.11.30mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi


Rabu,25 Nov 2009

5.30-7.00pg :Solat/kuliah
7.00-8.00pg :Riadah 5
8.00-9.00pg :Khidmat Diri/Sarapan Pagi
9.00-11.00pg :Sidang Pleno
11.00-12.30tgh :Majlis Penutup
12.30-2.30ptg :Solat & Salam Perpisahan/Makan Tengahari/Bersurai


JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI,

SAUDARA ABD HADI :019-7536597
SAUDARI SARAH :013-3005610

02 November 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam: Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab

Pada hari Sabtu, bersamaan 31 Oktober 2009, beberapa wakil PKPIM UIAM telah menyertai sebuah seminar Pendidikan Tinggi Islam sempena sambutan 20 tahun Kolej Dar al-Hikmah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi . Tema seminar tersebut adalah ‘Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.

PKPIM-ABIM-WADAH komited terhadap aspek pendidikan Islami yang menjadi tunjang utama dalam perjuangan kami. Justru itu, seminar ini adalah suatu manifestasi kepada perjuangan itu. Kehadiran peserta amat memberangsangkan dimana dewan auditorium dipenuhi dengan pecinta-pecinta ilmu pelbagai lapisan umur sehingga kerusi tambahan terpaksa disediakan.

Antara pembentang-pembentang kertas kerja yang menjayakan seminar itu adalah Prof. Emiritus Dr. Osman Bakar, Al-Fadhil Ustaz Uthman El-Muhammady, Dr. Ahmad Satori Ismail, Prof. Nik Aziz Nik Pa, Dr. Yap Sin Tian dan Prof Dr. Sidek Baba. Secara umum, kertas kerja yang dibentangkan berkisarkan tentang siapakah Ulu al-Albab, pendidikan al-Hikmah dan cabaran pendidikan yang liberatif.

Seminar yang berlangsung pada jam 9 pagi dimulai dengan ucaptama yang menampilkan ilmuwan yang banyak berjasa, Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Intipati ucapan beliau berkisarkan ‘Ulu al-Albab: Model Keintelektualan Islam yang Murni dan Masa Depannya yang Dinantikan’. Beliau menekankan konsep ‘intelek murni’ bagi tujuan memudahkan masyarakat awam dan bukan Islam mendekati wacana ilmiah Islam dalam menerangkan dan memahami konsep Ulu al-Albab.

Apakah yang dimaksudkan dengan intelek murni Ulu al-Albab (UA)? Dalam kertas kerja yang disediakan, beliau menyebut “intelek murni UA ternyata ialah intelek yang amat bimbang, bukan terhadap pertimbangan atau sanjungan manusia, tetapi terhadap pertimbangan negatif Ilahi yang membawa kepada kehinaan yang paling memalukan di hadapan Allah (S.W.T).......UA bukanlah ilmuwan atau cendikiawan yang dihimpit oleh penyakit ‘ujub atau inginkan sanjungan dan pujian manusia kerana merasakan kehebatan yang terdapat pada dirinya.”

Dalam perenggan lain, Prof .Muhammad Kamal menyebut, “ intelek-intelek murni inilah yang telah menggabungkan ilmu agama dengan ilmu dunya dan ilmu alam tabi’i sebagai asas pembangunan peradaban Islam yang bersepadu di zaman kegemilangannya.”

Umum telahpun mengetahui peri pentingnya pendidikan dalam melahirkan masyarakat manusia yang beramal soleh dan beradab. Namun, persoalan utama ialah penghayatan terhadap falsafah kependidikan ini yang masih lagi gersang dikalangan masyarakat. Faktor luaran seperi indusri pendidikan telah melahirkan golongan masyarakat yang berlumba-lumba menimba illmu untuk kepentingan peribadi, pendidikan humanis-sekular yang menolak kewujudan Tuhan telah melahirkan manusia-manusia ingkar dan angkuh dan pebagai faktor lain yang merugikan.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Islami hadir sebagai alternatif kepada kepincangan-kepincangan pendidikan acuan Barat. Falsafah pendidikan Islam bertitik tolak daripada Falsafah tauhid, dimana pada akhirnya ia melahirkan manusia dan ilmuan yang disebut didalam al-Quran sebagai ULU AL-ALBAB. Jadinya, pemerkasaan pendidikan Islami harus dijayakan dari semasa ke semasa oleh semua pihak. InsyaAllah.


Bismillahirrahmanirrahim,

“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, dan amal yang tidak diterima.

Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah pengertian ilmu kepada kami dan bukalah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat yang Paling Penyayang.

Ya Allah, terangilah pandangan kami dengan Al-Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati kami dan dapatlah kiranya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah kami dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati kami dengannya dan percepatkanlah kefahaman kami dengannya serta teguhkanlah tujuan kami dengannya dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, kerana tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, Ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang.

Ya Allah, kami menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepada kami ketika kami memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, wahai Tuhan semesta alam. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Kenyataan Media-Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr. Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

  1. Kami merakamkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.
  2. Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.
  3. Kami turut merasa musykil dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedang belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.
  4. Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.
  5. Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.
  6. Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.
  7. Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.


Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.



Ditandatangani oleh :


…………………………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

  1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
  2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
  3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  5. Yayasan Jenderami
  6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
  9. Persatuan Ulamak Malaysia
  10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  11. Yayasan Paksi Kedah
  12. Persatuan Ulamak Kedah
  13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
  15. Institut Pengajian Tradisional Islam
  16. Khalifah Institut

22 October 2009

.::MINI KURSUS KEJURULATIHAN PROGRAM MENARA GADING NEGERI JOHOR 2010 ::.

  • 23 Oktober 2009
  • Jumaat
  • 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • ADM 7 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak Selangor
  • oleh : Sdr Khaidir @Abg Dat (Yang Di Pertua Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan PPIWP )




.:: MINI KURSUS KEFASILITATORAN PROGRAM MENARA GADING NEGERI JOHOR 2010 ::.

  • 24 hingga 25 Oktober 2009
  • Sabtu hingga Ahad
  • LT 4 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak Selangor



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!!


15 October 2009

ABIM JOHOR respon tindakan SIS

Pada 15 Oktober 2009 (Khamis) ABIM Johor telah membuat laporan polis dan menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam sebagai responsif kepada tindakan Sister In Islam (SIS) yang menghina Islam dalam akhbar The Star. Semua yang hadir telah berkumpul di Pejabat ABIM Johor. Seramai 9 orang telah hadir pada hari tersebut. Antaranya Dr. Shahrum Shah (YDP ABIM Johor), Ust. Razak Aripin (TYDP ABIM Johor), Sdr. Salehuddin (SUA ABIM Johor), Sdri. Sakinah (Bendahari KPIJ Pusat), dan beberapa exco ABIM Johor dan pimpinan KPIJ Matrix UIA Nilai.

Taklimat telah disampaikan oleh Ust. Razak Aripin (TYDP ABIM Johor) dan setelah itu kami telah bergerak ke Biro Penguatkuasaan, Jabatan Agama Johor bagi menyerahkan memorandum sebagai responsif kepada tindakan SIS melalui memorandum mereka ’Justice For Kartika’ kepada PM. Seterusnya kami telah ke Biro Penyelidikan Jabatan Agama Islam bagi mengesahkan kenyataan Akhbar tersebut sebelum diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa. Dan akhirnya pada 16 Oktober 2009 ABIM Johor telah membuat laporan polis di balai polis

Dibawah ini adalah memorandum yang telah diserahkan kepada Jabatan Agama Johor.


ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI JOHOR

Kompleks Mustika Embun, No. 10 Jalan Abdul Rahman Andak

80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim

Tel. : 07 – 221 6355 / 019 – 7718648 (24 Jam) Fax : 07 – 221 3562

Saya Hj. Ab. Razak Bin Aripin No. Kad Pengenalan 750101-01-9273 mewakili ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Negeri Johor ingin membuat laporan terhadap pertubuhan Sisters In Islam (SIS) yang membuat kenyataan yang menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina serta mengelirukan masyarakat Islam dan terpesong daripada ajaran Islam. Ini berdasarkan laporan dalam akhbar The Star bertarikh 1 Oktober 2009, di muka surat N 36.

Kenyataan Zainah Anwar, Ahli Lembaga Sisters In Islam (SIS):

“While the Prime Minister and Foreign Minister have always tried to project Malaysia as a model Islamic country, whipping was unacceptable and could be seen as too severe”.

“Foreigeners are to come to our country because of the moderate image we portray but, when they come here, they are shocked to find level of conservatism practiced. So where is this model Muslim country we have been trying to promote?”

Kenyataan Dr Hamidah Marican, Pengarah Executive Sisters In Islam (SIS) yang turut menganjurkan pemansuhan hukuman sebatan sama ada di Mahkamah Sivil atau Syariah dengan kenyataan berikut:

SIS executive director Dr Hamidah marican called for a repeal of laws which allow for whipping as punishment, regardless of whether it was in civil or Syariah legislation.”

“It is a torture and breach of human rights. We teach our children not to hit each other but then what are we, as adults and role models, showing the little ones if we condone such and act?”

Dr Hamidah Marican juga sekali lagi mengulangi kenyataannya di dalam akhbar Sinar, bertarikh 1hb Oktober, 2009 dengan menyatakan bahawa;

“Jika Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah Negara Islam akan tergugat selama-lamanya’ katanya.

SIS juga telah menganjurkan kempen menandatangani “Memorandum on Justice for Kartika” dalam usaha mereka untuk mengumpul sokongan serta tandatangan bagi menghapuskan hukuman sebatan terhadap Kartika. Di dalam memorandum tersebut SIS sekali lagi mengulangi kenyataan mereka yang menghina Undang-undang Jenayah Syariah Islam di Malaysia apabila mereka menyatakan bahawa;-

“In 2005, Sisters in Islam, a member of JAG submitted a memorandum to the Government to reiterate its call for the Syariah Criminal offences laws to be repealed on the grounds that they have no basis in Islamic legal theory and practice; they conflict with the Federal Constitution and that they conflict or overlap with the Penal Code and other federal laws. “

The Government must show the political will and courage to once and for all deal with the implications of such intrusive moral policing laws. The implementation of these laws continues to raise numerous profound and controversial issues at the Islamic, constitutional, and human rights levels. They also fail to reflect the changing realities of Malaysian life today. The continual public outrage over moral policing laws reflects the disconnect between state control of private lives and personal choices, and how Malaysians view their entitlements to these rights. This can no longer remain unresolved.

Saya memohon kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat perkara ini memandangkan kenyataan-kenyataan tersebut yang dibuat secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina serta mempersenda atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa khususnya Undang-undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri Johor yang berhubungan dengan agama Islam.

Yang benar,

....................................................................

Nama: Hj. Ab. Razak Bin Aripin

Kad Pengenalan: 750101-01-9273

No. telefon: 07-2216355 / 019-7822897



04 October 2009

KPIJ MENYOKONG PKPIM MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT BEYONCE YANG DIJADUALKAN PADA 25 OKTOBER 2009


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kesal di atas rancangan sesetengah pihak yang menganjurkan konsert Beyonce Iam World Tour live in Malaysia pada 25 Okotber 2009 ini. Penganjuran konsert terbabit jelas menunjukkan yang ia bertentangan dengan budaya dan norma-norma kehidupan masyarakat timur.

Kehadiran artis luar ini dikhuatiri akan mempersembahkan persembahan yang melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melihat kepada latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan. Tambahan pula tayangan iklan dan klip video artis tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Mengikut kod 15.2 daripada suruhanjaya tersebut menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut:

i)

pakaian hendaklah lengkap, kemas sopan dan tidak terlalu ketat;

ii)

pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut;

iii)

skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan

iv)

kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang hendaklah tidak melebih dua (2) inci di atas paras lutut.

Selain itu, kod 15.3 menyatakan bahawa Artis Lelaki dan Wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:

i)

muka hendaklah tidak diconteng;

ii)

pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal;

iii)

pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang;

iv)

pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah;

v)

jenis-jenis pakaian hendaklah tidak mnembayangkan pemakainya tidak berpakaian;

vi)

baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional;

vii)

tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan

viii)

Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran


PKPIM juga amat kecewa dengan penganjuran serta kebenaran penglibatan masyarakat Muslim dalam konsert Black Eyed Peas yang dianjurkan oleh Guiness Brewery baru-baru ini. PKPIM melihat penganjuran konsert terbabit tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam kerana syarikat yang menganjurkannya juga menjual minuman keras serta membawa sekali budaya negative semasa konsert itu berlangsung.


PKPIM melihat sudah ada kecenderungan di beberapa pihak yang berlumba-lumba mengadakan konsert di mana kebanyakan artisnya adalah artis luar Negara yang jelas tidak mengetahui dan memahami kebudayaan masyarakat Malaysia. Trend ikutan budaya Barat terutama dari segi pemakaian semakin menjadi-jadi di Malaysia. Perkara ini bertambah buruk apabila ada pihak yang seakan-akan mengizinkan perkara ini berlaku. Gejala hendonisme iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan lagi budaya yang tidak sihat ini. Sedangkan seperti yang kita maklum, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya barat ini.

Justeru,sebagai Badan Gabungan kepada PKPIM,KPIJ sebulat suara menyokong penuh PKPIM bertegas agar pihak pengurusan konsert terbabit segera membatalkan persembahan artis Beyonce pada 25 Oktober 2009 ini.

29 September 2009

Tour di Aidilfitri

~Menjelajah di Tiga Daerah~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam kemenangan di Aidilfitri kepada semua umat Islam umumnya dan khasnya kepada ahli KPIJ. Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dan izinNya, pada 24 September 2009 bersamaan 5 Syawal 1430 Kesatuan Pelajar Islam Johor telah menganjurkan program ziarah dikalanagn ahlinya iaitu Tour di Aidilfitri.


Program ini hanya memfokuskan di tiga kawasan sahaja iaitu Simpang Renggam, Benut dan Rengit yang mana terletak di tiga daerah Kluang, Pontian, dan Batu Pahat. Tujuan menjadikan tiga kawasan ini adalah supaya perancangan lebih tersusun. Dan mungkin untuk akan dating KPIJ akan membuatnya ditempat lain pula. Tujuan utama ziarah ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli disamping menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga.


Ziarah bermula pada pukul 9.00 pagi yang mana dua tempat yang dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul iaitu rumah saudara Khairullah bagi kawasan Rengit dan Benut manakala Tol Simpang Renggam bagi kawasan Johor Bahru. Sebanyak 6 buah kereta dan hampir 30 orang yang menyertai ziarah tersebut.

Bermula di rumah saudara Izwan yang terletak di Simpang Renggam terus menghala ke Benut dan Rengit. Ziarah ini berakhir pada pukul 8.00 malam.



Ziarah ini telah memberi impak yang positif dan suntikan yang amat memberansangkan yang mana telah menemukan kami kepada bekas ahli KPIJ pada era 70-an dahulu. Sedikit sebanyak telah memberikan motivasi kepada ahli bagi meneruskan untuk mencapai misi dan visi Islam dan KPIJ. Wallahu a’lam…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI KPIJ
كل عام وأنتم بخير

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template